Selepas mendirikan rumah tangga dengan Sam Asghari pada 9 Jun lalu, Britney Spears dilaporkan berpindah ke kediaman baharu di Calabasas, California, Amerika Syarikat.
Rumah agam bernilai AS$12 juta (RM53 juta) itu terletak berhampiran dengan kediaman bekas suami, Kevin Federline.
Menurut sumber, keputusan itu sangat bermakna buat Spears bagi mengeratkan hubungan dengan anak-anak memandangkan kedua-dua di bawah jagaan Federline.
“Sekarang dia (Spears) tinggal di kawasan kejiranan sama dengan dua anaknya. Jadi mereka berdua boleh berkunjung dengan lebih kerap.
“Mereka juga menyambut baik keputusan ibunya untuk berkahwin lagi dan tidak ada sebarang masalah dengan perkara itu.
“Dia juga menyediakan bilik dan ruang peribadi bagi kedua-duanya di rumah tersebut. Spears berbuat demikian kerana ingin anak-anaknya berasa seperti di rumah dan bukannya sebagai tetamu,” jelas sumber. – Agensi