Brivio dilantik pengarah sukan Alpine F1

PARIS, 19 JAN – Davide Brivio telah menyertai pasukan Alpine F1, sebagai pengarah sukan, kelmarin.

“Kami gembira dapat mengesahkan bahawa Davide Brivio akan memperkuat pasukan kami menjelang musim FIA Formula Satu (F1) Dunia 2021,” kata Alpine dalam satu kenyataan.

“Peranan dan tanggungjawabnya akan diumumkan dalam beberapa minggu mendatang.”

Berita itu muncul hanya beberapa hari selepas pemergian ketua pasukan Cyril Abiteboul.

Davide, yang meninggalkan pasukan MotoGP Suzuki pada awal bulan ini setelah membimbing Joan Mir ke gelaran juara dunia, akan melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif Alpine, Laurent Rossi. – AFP