Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brooks Koepka tidak sertai Liga Perdana Golf

    AMERIKA SYARIKAT, 16 MAC – Brooks Koepka berkata hari ini dia tidak berminat untuk menyertai Liga Perdana Golf, satu lagi pemain yang keluar dari kejohanan tersebut merupakan kemunduran bagi liga golf itu yang kini hilang beberapa bintang muda golf.

    “Saya keluar dari PGL. Saya akan pergi ke Jelajah PGA,” kata Koepka kepada media tempatan. “Saya mempunyai masa yang sukar untuk mempercayai golf hanya bermain dengan kira-kira 48 pemain.”

    Manakala baru-baru ini pemain nombor dua dunia, Jon Rahm berkata beliau tidak akan menyertai di kejohanan itu, bermakna tiga pemain teratas di dunia itu hanya akan mengikuti kejohanan Jelajah PGA.

    Rory McIlroy, yang merampas kedudukan Koepka sebagai pemain nombor satu di dunia bulan lalu, berkata ketika beraksi di Mexico bahawa dia tidak berminat dengan liga baharu itu.

    Beliau berkata beliau menghargai kebebasannya untuk menentukan bila dan di mana untuk bermain dan bukan mengikut 18 jadual cadangan pertandingan itu sahaja, tidak termasuk kejohanan besar.

    Koepka berkata beliau membuat keputusan selepas bertemu dengan penganjur di Los Angeles sebulan yang lalu semasa Acara Jemputan Genesis, menunggu masa terbaik untuk dia membuat pengumuman agar tidak menjadi kontroversi.

    Dia berkata pada permulaan kejohanan di Florida itu “Saya mahu bermain menentang yang terbaik.” Berikutan kesemua kejohanan golf ditunda akibat kebimbangan pandemik COVID-19, dia mahu ia menjelaskan bahawa dia tidak pergi ke mana-mana. – AFP

    Aksi Brooks Koepka ketika melakukan latihan untuk kejohanan The Players Championship pada 11 Mac, di Ponte Vedra Beach, Fla. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda