Brown : F1 dalam keadaan ‘terancam’

LONDON, 6 APRIL – Ketua McLaren, Zak Brown berkata kelmarin bahawa pandemik koronavirus telah mengancam Formula Satu, memberi amaran bahawa sekurang-kurangnya empat pasukan dalam sukan itu mungkin akan jatuh bankrap.

Kejohanan dunia 2020 tidak dapat diteruskan dengan hanya lapan perlumbaan yang dijadualkan, manakala 22 lagi sama ada akan dibatalkan atau ditunda.

“Ia mungkin akan menghancurkan sebuah pasukan, dan jika cukup membawa beberapa kepada pasukan, maka ia akan mengancam keseluruhan F1,” Brown memberitahu BBC pada malam perjumpaan yang dirancang untuk membincangkan pemotongan kos sukan tersebut.

Brown menegaskan kesemua pasukan telah bersetuju untuk mengurangkan bajet 2021 kepada $150 juta berbanding $175 juta.

Namun dia melihat angka tersebut mesti dikurangkan lagi untuk mengatasi kerugian kewangan daripada musim yang dilanda oleh virus ini.

“Saya boleh melihat – meskipun apa yang berlaku sekarang di dunia ini jika kita tidak mengatasinya, situasi ini akan menghentam kita dengan agresif – dua pasukan akan lenyap? Ya,” Brown berkata.

“Malah, saya boleh melihat empat pasukan akan lenyap jika ia tidak diatasi dengan cara yang betul.

“Dan lagi, berapa lama lagi ia akan melanda pasukan F1, dan dengan krisis ekonomi dan kesihatan yang ada sekarang ini, memikirkan orang ramai akan beratur untuk mengambil alih pasukan tersebut seperti sebelum ini…Saya tidak rasa masanya lebih teruk dari sudut pandangan ini.

“Maka saya rasa F1 dalam keadaan terancam pada ketika ini.”– AFP

Zak Brown berkata bahawa pasukan di Formula Satu dalam keadaan terancam, dengan sekurang-kurangnya empat pasukan berkemungkinan akan jatuh bankrap. – AFP