Brown gesa orang ramai bersatu

LOS ANGELES, 20 APRIL – Pemain Boston Celtics, Jaylen Brown menyeru orang ramai untuk ‘bersatu’ di tengah-tengah pandemik koronavirus, dalam tulisan eseinya di The Guardian untuk menunjukkan bahawa virus tersebut telah mengucar-kacirkan rakyat di Amerika Syarikat (AS).

Menyebutkan bahawa lebih daripada 30,000 orang telah terkorban dari COVID-19 di AS – mencecah 40,000 pada petang kelmarin – dia menambah bahawa ‘daripada jumlah yang menyakitkan hati, peratusan orang Afrika dan orang-orang berlainan warna kulit adalah membimbangkan dan tidak seimbang.

“Sistem kesihatan kita mungkin berpotensi menunjukkan ketidakadilan di negara ini yang telah disusun dan ditindas sejak penubuhannya,” tulisnya.

Data dari kes COVID-19 ,mengikut bangsa menunjukkan corak perwakilan berlebihan oleh orang kulit hitam Amerika di negeri-negeri atau wilayah yang berkongsi angka tersebut.

Apabila ia ditunjukkan pada awal bulan April bahawa 68 peratus dari kematian koronavirus di Chicago adalah dari kalangan Afrika-Amerika, yang merupakan hanya 30 peratus daripada populasi bandar itu, datuk bandar Lori Lightfoot berkata angka tersebut akan ‘mengejutkan anda’.

Brown bersimpati dengan semua orang yang merasa kecewa atau keliru dengan konflik informasi datang dari pemimpin yang berbeza.

Tetapi dia percaya bahawa tenang dan bersatu padu dapat menjadikan pandemik sebagai peluang dan mencorakkan perubahan kepada masyarakat. – AFP