Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

Bru-lions tampil gah takluki Skuasy Brunei

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Bru-Lions SC muncul juara dalam acara berpasukan Kejohanan Skuasy bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76, selepas menewaskan pasukan Power Squasher dengan keputusan 3-1 di Pusat Skuasy Kebangsaan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, baru-baru ini.

Acara berpasukan telah diadakan minggu lalu dalam kejohanan yang berjalan selama dua hari, juga menyaksikan pasukan Mata-Mata meraih tempat ketiga.

Acara perseorangan telah selesai diadakan sejak pertandingan disambung semula pada 13 Jun tahun ini, di mana pertandingan tersebut telah dijadualkan semula sejak Julai lalu akibat gelombang kedua wabak COVID.

Bagi kategori terbuka lelaki, Lim Kok Sheng berjaya memenangi perlawanan tersebut selepas menewaskan Alexander Yong, yang akhirnya menjadi naib juara. Manakala Awang Fauzi bin Zaini menduduki tempat ketiga.

Dalam kategori terbuka wanita pula, Dayang Hamidah binti Ismail muncul sebagai juara dengan Sofia Yasmin mengambil kedudukan tempat kedua, manakala Christina Esther pula menduduki tempat ketiga.

Pasukan Bru-Lions SC menerima hadiah selepas menjuarai kejohanan skuasy di Pusat Skuasy Kebangsaan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah. – Gambar serahan BSRA

Sementara itu, bagi kategori divisyen satu lelaki dimenangi oleh Dominic Wong. Manakala William Thacker dan Haji Jamaluddin masing-masing menamatkan perlawanan di tempat kedua dan ketiga.

Manakala dalam pertandingan kategori remaja menyaksikan Alex Thacker menjuarai perlawanan tersebut, Adrian Kocsis menduduki tempat kedua dan Richard Zou pula di tempat ketiga.

Setelah perlawanan tersebut berakhir, ia diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.

Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Raket Skuasy Brunei (BSRA), di mana ia menerima penyertaan seramai 60 pemain dan lapan pasukan.

Kejohanan tersebut diadakan setelah beberapa sekatan bagi mengadakan aktiviti sukan dan pertandingan dilonggarkan pada awal bulan ini.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -