Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    BruHealth kemas kini penilaian kesihatan harian

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Bagi memudahkan pengurusan pesakit-pesakit COVID mengikut SOP, Kementerian Kesihatan telah mengemaskinikan aplikasi BruHealth.

    Perubahan tersebut, menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, melibatkan pengemaskinian pada bahagian soal selidik dalam Penilaian Kesihatan Harian bagi kes-kes COVID yang menerima Notis Pengasingan di Rumah yang mana ia digunakan untuk mengkategorikan kes.

    Beliau menjelaskan perkara itu pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    “Berpandukan kepada simptom-simptom yang dilaporkan dalam Penilaian Kesihatan Harian, kes yang dikategorikan dalam kategori 2B boleh membuat pilihan untuk dibawa ke pusat pengasingan atau meneruskan pemantauan dan pengasingan diri di rumah,” kata Yang Berhormat Dato.

    Menurutnya lagi, perubahan itu telah mula diaktifkan pada hari Isnin, 18 April (kelmarin), jam 10 malam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...