Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    BruHealth versi baharu 22 Mei ini

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Perisian aplikasi BruHealth akan dikemas kini dan dinaik taraf kepada BruHealth versi 3.0 bermula 22 Mei ini, yang mana beberapa ciri baharu juga akan diperkenalkan.

    “Dengan pengemaskinian ini, aplikasi BruHealth akan dapat digunakan sebagai Aplikasi Kesihatan Digital yang membolehkan pengguna menggunakannya untuk merancang aktiviti-aktiviti cara hidup sihat yang disesuaikan mengikut keperluan setiap pengguna,” Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengumumkan perkara tersebut semasa sidang media harian yang diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Beliau menjelaskan, BruHealth 3.0 antara lain akan mempunyai User Interface (UI) yang terkini, log masuk akaun menggunakan ciri ID Biometrik atau kata laluan, All-in-One Code Scanner yang dapat mengimbas kod QR secara automatik bagi sijil vaksinasi, kod QR BruHealth di premis-premis dan sijil pemulihan selain itu, pembaharuan dalam Help features yang akan memudahkan pengguna jika mempunyai sebarang masalah dalam penggunaan BruHealth.

    “BruHealth 3.0 juga akan mengandungi dua program kesihatan yang baharu iaitu BN on the Move dan Check in Challenge yang mana kedua-dua program ini akan dilancarkan dan akan mula digunakan dalam masa terdekat,” tambah Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Dalam pada itu, Yang Berhormat Dato menekankan kesemua pengguna yang berdaftar dalam BruHealth bahawa mereka perlulah membuat log masuk semula ke dalam aplikasi BruHealth pada hari tersebut serta mengemas kini perisian BruHealth mereka sebelum boleh menggunakan aplikasi BruHealth 3.0.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...