Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    BruMAP-NCD 2021-2025 kini dilancarkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Pencegahan dan pengawalan penyakit tidak berjangkit (NCD) adalah antara fokus utama bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat di Negara Brunei Darussalam berada di tahap yang tinggi.

    Kementerian Kesihatan telah menggubal dan merangka Pelan Tindakan Pelbagai Sektor Brunei Darussalam bagi Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Tidak Berjangkit (BruMAP-NCD) 2021-2025 sebagai lanjutan daripada BruMAP-NCD 2013-2018 di mana penggubalan itu me-rangkumi kesinambungan banyak tindakan yang terdahulu dan mengambil kira penemuan penilaian yang telah dibuat di samping mengambil iktibar daripada pengajaran yang diperoleh sebagai respons pelbagai sektor yang lebih mantap, cekap dan berkesan dalam menangani tindakan pengawalan dan pencegahan NCD.

    Perkara itu dijelaskan oleh Ketua Pusat Promosi Kesihatan, Dr Hajah Norhayati binti Haji Mohd Kassim dalam kata alu-aluannya pada Majlis Pelancaran BruMAP-NCD 2021-2025 yang berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pelancaran BruMAP-NCD 2021-2025 ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar. Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, ahli-ahli Multisectoral Task Force for Health, Cross Functional Teams, dan Technical Working Groups, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan dan jemputan khas.

    Penerbitan BruMAP-NCD 2021 bertujuan untuk meneruskan dan memperkukuhkan lagi sebahagian tindakan pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit tidak berjangkit yang digariskan dalam BruMAP-NCD 2013-2018 yang belum selesai, mengenal pasti tindakan-tindakan baru bagi pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit tidak berjangkit yang bersesuaian berdasarkan kepada penilaian yang telah dibuat serta mengukuhkan penerapan pendekatan seluruh negara dalam mencegah dan mengawal penyakit-penyakit tidak berjangkit di Negara Brunei Darussalam.

    Dr Hajah Norhayati dalam kata alu-aluannya berkata bahawa proses penggubalan melibatkan beberapa siri konsultasi dan perbincangan kumpulan kerja teknikal dalam sektor kesihatan di negara ini serta tiga bengkel konsultasi pelbagai sektor dalam negara yang dimudah cara oleh dua orang konsultan terlantik oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Langkah itu telah diambil bagi menangani sebarang isu dasar dan pelaksanaan serta membincangkan peluang-peluang dalam pencegahan dan kawalan NCD dengan mengambil kira, jika relevan, pendekatan holistik di semua peringkat dan seluruh negara untuk pelaksanaannya.

    Hasil bengkel konsultasi berkenaan, Dr Hajah Norhayati berkata, empat objektif strategik telah dikenal pasti bagi mencapai matlamat untuk mengurangkan kemungkinan kematian antara umur 30 ke 69 tahun, akibat penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan penyakit pernafasan kronik sebanyak 10 peratus menjelang 2025.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham mengagihkan BruMAP-NCD 2021-2025 kepada ahli-ahli yang berkepentingan di majlis yang berlangsung di Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
    Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyaksikan video dan mendengar penerangan mengenai Program Tempat Kerja dan Kesihatan (WAH) bagi kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...