Brunei 10 johan petanque

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Pasukan Brunei 10 yang diwakili oleh Awang Mazlan bin Haji Yahya dan Awang Wirna bin Haji Mohd Yassin telah dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Brunei Darussalam Double Open 2019 yang berakhir hari ini di Gelanggang Petanque Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Pertandingan yang diadakan selama dua hari bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-34 tahun berkenaan telah disertai oleh 70 buah pasukan dari dalam dan luar negara.

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)