Brunei 88 raih tempat pertama

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Pasukan Brunei 88 dinobatkan sebagai juara Kejohanan Futsal Anjuran Pasukan Gumix yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, baru-baru ini.

Dalam kejohanan futsal berkenaan sebanyak 12 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut yang mana tampil sebagai naib johan adalah Pasukan JPI, sementara itu berada di tempat ketiga ialah Pasukan DIBATA FC.

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kejohanan berkenaan ialah Pengurus Pasukan Gumix selaku penganjur kejohanan, Awang Shahrul Anuar bin Haji Minudin.

Kejohanan tersebut dianjurkan bertujuan bagi mengeratkan tali silaturahim antara pemain-pemain veteran di samping untuk meningkatkan mutu permainan futsal yang semakin digemari dan mendapat tempat dalam kalangan peminat bola sepak di negara ini.

Awang Shahrul Anuar ketika bergambar ramai bersama juara kejohanan futsal tersebut.