Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei B-23 belum temui rentak

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai –Skuad Bawah 23 (B-23) Negara Brunei Darussalam telah membuka persaingan kelayakan Kejuaraan AFC B-23 dengan kekalahan 2-0 kepada Australia hari ini, dengan penjaga gol negara, Haimie Anak Nyaring beraksi cemerlang dengan beberapa aksi menyelamat penting.

    Skuad negara berjaya mengekang Australia seri tanpa jaringan di separuh masa pertama, dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Thuwunna, Yangon itu.

    Australia mendominasi perlawanan dan telah mencipta banyak percubaan ke gawang dalam aksi Kumpulan F tersebut, namun Haimie kebal di gawang negara di separuh masa pertama.

    Bagaimanapun di separuh masa kedua gawang negara bolos apabila Australia memanfaat sepakan penalti dan memastikan kemenangan mereka lima minit sebelum tamat perlawanan.

    Antara aksi berebut bola di antara pemain Brunei Darussalam dan Australia dalam persaingan kelayakan Kejuaraan AFC B-23 di Myanmar. - Gambar oleh Persekutuan Bola Sepak Myanmar
    Antara aksi berebut bola di antara pemain Brunei Darussalam dan Australia dalam persaingan kelayakan Kejuaraan AFC B-23 di Myanmar. – Gambar oleh Persekutuan Bola Sepak Myanmar

    “Saya berpuas hati dengan persembahan di separuh masa pertama. Diharap kami dapat mempelajari sesuatu dari perlawanan ini,” kata jurulatih pasukan negara, Kwon Oh-son dipetik dari laman sesawang AFC.

    “Australia adalah pasukan yang sangat kuat berbanding negara-negara ASEAN yang lain, dan saya berharap kami dapat mengulangi persembahan separuh masa pertama kami untuk Sukan SEA nanti, tetapi apa yang penting kami perlu fokus dahulu bagi perlawanan-perlawanan kami di sini,” tambahnya.

    Skuad negara seterusnya berdepan dengan Myanmar Jumaat ini bagi perlawanan kedua sebelum menamatkan kempen mereka Ahad ini menentang Singapura. Manakala Australia berdepan Singapura pada hari Jumaat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda