Wednesday, November 6, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei bawa pulang lima pingat di kejohanan Malaysia Masters

    Oleh Azlan Othman – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Persatuan Olahraga Veteran Brunei meraih lima pingat di Kejohanan Terbuka Antarabangsa Malaysia Masters 2024 yang berlangsung di Stadium MSN Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Dua pingat emas disumbangkan oleh Alinawati Haji Aliakbar dalam acara lontar lembing dan lontar cakera.

    Sementara itu, Pengiran Azizul Akbar bin Pengiran Haji Badaruddin menyumbang dua pingat perak dalam acara lontar cakera dan peluru.

    Manakala Ampuan Mohd Khifli pula meraih satu pingat gangsa dalam acara lontar cakera, menambah kejayaan kontinjen Brunei dalam kejohanan tersebut.

    Kejohanan Malaysia Masters 2024 disertai oleh 18 pasukan dari negara-negara Asia dan antarabangsa.

    Kontinjen Brunei yang terdiri daripada enam peserta diketuai oleh Setiausaha Persatuan Olahraga Veteran Brunei, Hajah Mariah binti Haji Metussin, selaku pengurus pasukan.

    Kontinjen negara akan meneruskan cabaran dalam Kejohanan Singapura-Johor Masters, yang dijadualkan berlangsung pada 15 dan 16 November nanti di Stadium Johor Bahru.

    Gambar ramai kontinjen negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN OLAHRAGA VETERAN BRUNEI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda