Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Brunei berkemungkinan lepasi kemuncak epidemik

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Meliat kepada jumlah penurunan kes jangkitan baharu di negara ini sejak beberapa hari kebelakangan menunjukkan bahawa keadaan semakin stabil dan berkemungkinan besar negara telah melepasi kemuncak epidemik.

    Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID yang
    berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya berkata pihak Kementerian Kesihatan akan terus memantau keadaan jangkitan dalam masa beberapa hari ini kerana ia penting untuk memastikan trend penularan menurun.

    Selain itu, beliau turut menerangkan mengenai RT Value turut menyusut daripada 2 ke 1.09.

    Dengan petunjuk penurunan kes ini, Yang Berhormat Dato berharap jumlah jangkitan akan mula berkurangan.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa mengongsikan mengenai perkembangan terkini situasi jangkitan di negara ini di Kementerian Kesihatan, kelmarin.- Gambar oleh Syahmi Hassan

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...