Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Brunei catat 34 kes baharu

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Sebanyak 34 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dicatatkan di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 15,712 orang.

    Daripada jumlah kes baharu tersebut, 18 adalah kes tempatan dan 16 lagi adalah kes import, menurut Kementerian Kesihatan melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, pada hari ini.

    Jumlah kes baharu itu adalah hasil daripada 4,001 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu, oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 0.85 peratus.

    Menurut kementerian itu lagi, dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, dua kes berada dalam kategori 4, manakala tidak ada kes yang berada dalam kategori 5.

    Tujuh kes pula telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 15,371 kes dengan 239 kes aktif. Sementara itu, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 5.9 peratus.

    Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, kementerian mengongsikan bahawa kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.6 peratus dengan 93.6 peratus telah menerima dua dos vaksin manakala itu kadar bagi yang telah menerima tiga dos ialah 29.2 peratus.

    Menyentuh mengenai Operasi Peralihan, tidak ada pelanggaran arahan yang telah didapati semasa sekatan pergerakan yang dijalankan di seluruh negara dari 10 malam hingga 4 pagi tadi.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya memaklumkan dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, dua kes berada dalam kategori 4.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...