Wednesday, March 22, 2023
22.9 C
Brunei

-

Brunei catat 379 kes jangkitan baharu

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Sebanyak 379 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan pada hari ini, iaitu 373 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan enam kes hasil daripada 292 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

“Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 150,781 kes,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Menurut Yang Berhormat Dato, tidak ada kes yang dikategorikan dalam kategori 5, yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU), manakala itu, dua kes dalam kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

“Sebanyak 216 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 148,285 kes.

“Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 2,273 kes iaitu 12 kes sedang dirawat di hospital manakala 2,261 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” tambah beliau.

Oleh sebab semua pusat vaksinasi tidak beroperasi semalam, Yang Berhormat Dato mengongsikan bahawa statistik terkini program vaksinasi kekal seperti yang dinyatakan dalam sidang media semalam iaitu jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama bagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun ialah 82.3 peratus dan 56.3 peratus bagi dos kedua.

“Dalam pada itu, liputan bagi rakyat dan penduduk negara ini yang telah mendapatkan tiga dos vaksin kekal sebanyak 71.1 peratus,” ujar beliau lagi.

Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyeru orang ramai untuk berdoa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat, sejahtera dan dalam lindungan Allah SWT.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa mengongsikan perkembangan terkini jangkitan COVID di negara ini bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, kelmarin. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -