Brunei catat kematian kedua COVID-19

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MEI – Negara Brunei Darussalam mencatatkan satu lagi kes jangkitan COVID-19 yang telah kembali ke rahmatullah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 kepada dua orang. Allahyarham ialah seorang lelaki tempatan berumur 56 tahun yang merupakan kes ke-94 di Negara Brunei Darussalam. Allahyarham telah kembali ke rahmatullah di Pusat Pengasingan Kebangsaan pada hari Rabu, 27 Mei pada jam 7:30 pagi.

 (Klik di sini untuk cerita lanjut)