Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Brunei catat peningkatan Indeks GHS

    Oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Brunei Darussalam adalah antara lima buah negara yang membuat komitmen untuk berkongsi data khususnya bagi pandemik COVID-19 di bawah Kategori Pengesanan dan Pelaporan dalam Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) 2021 yang diterbitkan bulan ini.

    Menurut laporan itu, selain Brunei, negara-negara lain termasuklah Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura.

    Indeks GHS merangkumi enam kategori, setiap satu meliputi pelbagai penunjuk dan soalan-soalan iaitu Pencegahan; Pengesanan dan Pelaporan; Tindak Balas Pantas; Sistem Kesihatan; Komitmen untuk memperbaiki kapasiti negara, pembiayaan dan norma-norma global serta Persekitaran Risiko.

    Brunei Darussalam merekodkan kemajuan dalam pencegahan, pengesanan pantas, tindak balas, kesihatan, norma dan risiko dalam indeks berkenaan, berbanding tinjauan dua tahun lalu.

    Pada tahun ini, negara telah mencatatkan jumlah purata 43.5 mata daripada 100, peningkatan 10.5 mata berbanding 2019. Brunei juga mencatatkan jumlah mata penuh 100 dalam imunisasi, 83.9 mata dalam akses kepada infrastruktur komunikasi dan komunikasi risiko, 75.5 mata dalam risiko politik dan risiko keselamatan serta 75 mata dalam pemantauan dan pelaporan masa sebenar.

    Indeks GHS dikeluarkan pada 2019 dan menjelang penghujung tempoh penyelidikan Indeks GHS 2021, tambahan 21 buah negara telah menerbitkan penilaian luaran bersama (JEE).

    Kesemua negara tersebut telah menunjukkan peningkatan dalam jumlah mata, kedudukan atau kedua-dua bagi mata Indeks GHS keseluruhan. Brunei Darussalam bersama Marshall Islands, Palau, São Tomé and Principe, dan New Zealand menyaksikan peningkatan lebih lima mata dalam mata keseluruhan.

    Laporan tersebut, dikeluarkan oleh Nuclear Threat Initiative (NTI) dan Pusat Johns Hopkins bagi Keselamatan Kesihatan di Bloomberg School of Public Health, dengan penyelidikan oleh Economist Impact, mengukur kapasiti 195 buah negara untuk bersedia bagi epidemik dan pandemik.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...