Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei dan Arab Saudi bersaudara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Negara Brunei Darussalam dan Kesultanan Arab Saudi bukan sahaja mempunyai hubungan persahabatan yang erat tetapi juga hubungan persaudaraan yang sekian lama terjalin di antara negara dan rakyat kedua buah negara.

    Hubungan itu dieratkan dengan keberangkatan Raja Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud ke Negara Brunei Darussalam pada Mac lalu, yang mana ia merupakan lawatan pertama bagi Raja Arab Saudi ke Brunei.

    Perkara itu dinyatakan oleh Duta Besar Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Hisham bin Abdul Wahab bin Zar’ah semasa berucap di Majlis Resepsi Ulang Tahun Hari Kebangsaan Kesultanan Arab Saudi yang berlangsung di Empire Hotel & Country Club, Jerudong, hari ini.

    Hadir bagi mewakili kerajaan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong serta isteri. Turut hadir ialah perwakilan-perwakilan dari negara-negara sahabat, pegawai-pegawai kanan kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan serta para jemputan khas.

    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar dan Duta Besar Arab Saudi ke Brunei serta isteri masing-masing memotong kek sempena ulang tahun hari kebangsaan negara itu.
    Duta Besar Arab Saudi menyampaikan ucapan beliau.

    Duta Besar Arab Saudi juga berkata bahawa lawatan itu, menunjukkan bahawa Brunei dan Arab Saudi terus mengukuhkan hubungan kerjasama dan koordinasi dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi, sekuriti dan keagamaan.

    Di samping itu, tambahnya lagi, kedua-dua buah negara juga terus meneroka dan menggembangkan lagi kerjasama dalam bidang perniagaan dan pelaburan.

    Majlis diteruskan dengan upacara memotong kek sempena ulang tahun hari kebangsaan yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar dan Duta Besar Arab Saudi berserta isteri masing-masing.

    Di majlis itu juga, Hisham serta isteri turut menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar serta isteri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda