Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Brunei dan Muara bersatu, panjat kesyukuran

    Oleh Salawati Haji Yahya & Nurdiyanah R
    Gambar Muiz Matdani & Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Brunei dan Muara.

    Meskipun cuaca dan haba yang agak membahang di ibu negara, rakyat dan penduduk daerah ini tetap bersemangat ingin bersua dengan Baginda dan tidak mahu ketinggalan menyembahkan ucapan selamat Hari Keputeraan ke-76 tahun kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada majlis di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara.

    Berangkat sama ke majlis itu ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Baginda iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Ka-nan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Keberangkatan Baginda ke daerah ketiga bagi majlis ramah mesra bersama rakyat dan penduduk telah dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku pengerusi jawatankuasa kebangsaan sambutan tersebut.

    Majlis penuh kemeriahan dan warna-warni itu memperlihatkan perpaduan seluruh rakyat dan penduduk sebagai menyembahkan tanda syukur atas kepimpinan Baginda yang sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara
    ini.

    Persembahan nyanyian lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam ‘Allah Peliharakan Sultan’ memulakan majlis diikuti dengan persembahan khas bertemakan ‘Raja untuk Rakyat dan Rakyat untuk Raja’ berkonsepkan gabungan perpaduan semua peringkat umur.

    Persembahan khas ini melibatkan gabungan penuntut sekolah kerajaan dan swasta serta penyertaan dari agensi kerajaan dan swasta.

    Selepas persembahan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar ramai dan beramah mesra dengan para peserta persembahan sebelum berangkat bercemar duli bagi majlis ramah mesra bersama rakyat dan penduduk.

    Baginda kemudian berkenan dijunjung berangkat ke Majlis Santap di Dewan Persantapan Lapau dan bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Haji Sharil Azman bin Pengiran Haji Metusin.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan beramah mesra dengan warga Sekolah Chung Hua. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan berangkat ke pentas diraja.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan beramah mesra bersama para peserta persembahan.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bagi memotong kek puja usia yang disembahkan oleh Dewan Perniagaan India.
    Baginda Sultan, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong berkenan berangkat ke majlis santap.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung berswafoto.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan dijunjung bergambar ramai bersama pelajar sekolah yang terlibat.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan dijunjung bergambar ramai bersama antara peserta persembahan.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir berkenan dijunjung bergambar ramai.
    Orang ramai tidak melepaskan peluang memeriahkan Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Brunei dan Muara di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...