Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Brunei dapat kedudukan podium

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Sebagai sebuah platform persediaan untuk kejohanan di dalam dan luar negara, serta untuk mengeratkan silaturahim antara peserta dari Brunei dan pemain dari negara luar, Kejohanan Rengokai Karate Terbuka 2022 telah dianjurkan di Dewan Pusat Belia dari 18 hingga 20 November.

    Kejohanan yang disokong oleh Persekutuan Karate Brunei Darussalam (BRUKAF) itu disertai oleh 116 orang atlet yang terdiri daripada kontinjen Negara Brunei Darussalam, Sabah dan Sarawak.

    Kelab Inspire Karate dari Sabah diangkat sebagai johan keseluruhan selepas berjaya mengumpul sembilan pingat emas, 12 perak dan tujuh gangsa. Manakala, salah satu kelab di bawah naungan BRUKAF, Shotokan Karate Brunei Darussalam mendapat tempat kedua dengan kutipan sembilan emas, enam perak dan 10 gangsa. Tempat ketiga jatuh kepada pihak penganjur, Rengokai Karate Brunei Darussalam dengan empat pingat emas, dua perak dan 12 gangsa.

    Hadir bagi menyempurnakan majlis dan menyampaikan hadiah ialah Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan, Haji Rosfadilah bin Haji Yusly.

    Empat kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Kanak-kanak (7-8 tahun, 9-10 tahun dan 11-13 tahun), Kategori Kadet (14-15 tahun), Kategori Junior (16-17 tahun) dan Kategori Bawah-21 (18 – 21 tahun).

    Gambar ramai para peserta dengan pingat yang dimenangi mereka. – Gambar serahan Ambient Production
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...