Brunei dijamin terima vaksin

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Beberapa buah negara baru-baru ini mendakwa akan memperolehi vaksin bagi COVID-19 secepatnya pada akhir tahun ini ataupun pada awal tahun hadapan.

Menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Brunei Darussalam menerusi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ada membuat perjanjian dengan Persatuan Gavi bagi memastikan sekurang-kurangnya Brunei akan memperoleh vaksin bagi

COVID-19 itu nanti sekiranya vaksin tersebut berhasil.

“Oleh itu, jaminan untuk mendapatkan vaksin berkenaan sememangnya ada dan ianya akan menjamin sekurang-kurangnya 20 peratus daripada penduduk Negara Brunei Darussalam mendapat akses untuk vaksin tersebut,” jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Yang Berhormat Dato mengongsikan perkara berkenaan semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini.