Brunei, Dominica jalin hubungan diplomatik

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Komanwel, Dominica bermula 22 Januari 2020.

Sehubungan itu, majlis menandatangani kenyataan bersama menjalin hubungan diplomatik telah diadakan di Pejabat Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

Mewakili kerajaan Brunei ialah Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke PBB di New York, Puan Yang Terutama Hajah Noor Qamar binti Haji Sulaiman manakala kerajaan Dominica diwakili oleh Wakil Tetap kerajaan Dominica ke PBB, PYT Loreen Ruth Bannis-Roberts.

PYT Hajah Noor Qamar dan PYT Loreen Ruth Bannis-Roberts bertukar-tukar dokumen pemeteraian hubungan diplomatik. – Gambar serahan KHEDN