Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

Brunei DPMM FC tewas tipis

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Kemarau kemenangan dalam Liga Singapura (Liga-S) berterusan buat Pasukan Brunei DPMM FC apabila tewas tipis 1-0 kepada Geylang International malam tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas itu menyaksikan Brunei DPMM FC melepaskan peluang untuk mendahului perlawanan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-62 setelah pemain Geylang didapati memegang bola dalam petak bahaya.

Namun penalti itu gagal disudahkan kerana berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Geylang. Sementara itu pada minit ke-72, Brunei DPMM FC nyaris memecahkan kebuntuan namun tandukan Adi Said tepat ke arah penjaga gol Geylang.

Ketika perlawanan berbaki sembilan minit, Geylang memperoleh jaringan tunggal perlawanan menerusi satu tandukan selepas menerima hantaran lintang dari sebelah kanan.

Brunei DPMM FC membuat beberapa pertukaran di saat-saat akhir dengan harapan sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan namun jaringan itu kekal hingga wisel penamat.

Persaingan Brunei DPMM FC seterusnya dalam kempen Liga-S adalah menentang Tampines Rovers pada 28 Julai, di Stadium Jalan Besar, Singapura.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -