Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei hos Forum Kanak-kanak ASEAN

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Negara Brunei Darussalam akan menjadi tuan rumah bagi Forum Kanak-kanak ASEAN kelima yang akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 6 hingga 8 Ogos ini.

    Forum dengan tema ‘Anak Kita, Masa Depan Kita, ASEAN Kita’ dan berlangsung di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) itu nanti merupakan salah satu daripada projek ASEAN di bawah rangka kerja strategik kebajikan sosial dan pembangunan sosial (SOMSWD) 2016-2020.

    Selain itu, ia juga merupakan platform di peringkat ASEAN untuk kanak-kanak berkumpul dan memberikan buah fikiran mengenai isu-isu semasa yang memberi kesan dan berkepentingan kepada kehidupan mereka.

    Kali ini forum kanak-kanak akan tertumpu kepada empat isu utama iaitu keselamatan siber dan kenakalan; menghormati semua termasuk orang kelainan upaya, warga emas dan kepelbagaian kaum serta budaya; penjagaan alam sekitar; serta gaya hidup sihat dari segi fizikal dan mental.

    Selain forum, beberapa aktiviti lawatan juga telah disusun sepanjang acara dan pada penghujung forum itu nanti akan dibentangkan hasil perbincangan sesi plenari oleh para peserta.

    Forum ini diadakan dengan kerjasama KKBS, pertubuhan bukan kerajaan seperti Persatuan Kemajuan Insan (KESAN), Persatuan Bekas Peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (BERSATU) dan Creativate Kids Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda