Brunei kekal di Tahap 2 senarai amatan TIP

Oleh Azlan Othman

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Negara Brunei Darussalam kekal pada Tahap 2 status senarai amatan dalam Penyeludupan Manusia (TIP) kerajaan Amerika Syarikat (AS) dua tahun berturut-turut, menurut satu laporan tahunan yang dikeluarkan minggu lalu oleh Jabatan Negara AS.

Laporan TIP dikeluarkan setiap tahun oleh jabatan itu untuk menilai usaha negara terhadap menangani isu penyeludupan manusia berdasarkan satu standard minimum pencegahan penyeludupan, melindungi mangsa dan mendakwa pesalah.

Tahap 1 merupakan tahap pematuhan tertinggi menunjukkan negara-negara yang memenuhi standard minimum dalam memerangi penyeludupan.

Laporan Tahunan TIP menilai 187 negara dan wilayah serta meletakkannya dalam empat tahap iaitu Tahap 1, 2, Senarai Amatan Tahap 2 dan Tahap 3, dengan Tahap 1 terbaik dan Tahap 3 paling teruk.

Laporan itu mengatakan negara tidak mematuhi standard minimum bagi menghapuskan penyeludupan, namun melakukan usaha signifikan ke atasnya.

Usaha ini termasuklah meluluskan Perintah Antipe-nyeludupan Manusia 2019 yang mengasingkan jenayah penyeludupan migran dan penyeludupan manusia, memformalkan jawatankuasa antara agensi antipenyeludupan di Jabatan Perdana Menteri, menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji amalan perekrutan pekerja asing, meratifikasikan Konvensyen ASEAN bagi Memerangi Penyeludupan Manusia dalam Januari 2020, menyetujui Protokol TIP Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam Mac 2020 dan terus menyemai kempen kesedaran bagi majikan pekerja asing.

Laporan juga mengutamakan rekomendasi termasuk usaha berterusan untuk menyiasat, mendakwa, menyabitkan kesalahan dan meng-hukum mana-mana gender penyeludup manusia dan penyeludup buruh, termasuk mereka yang bersuhabat dengan hukuman berat.

Rekomendasi lain termasuklah menyebarluaskan prosedur operasi standard bagi mengenal pasti mangsa dan melatih semua pihak di barisan hadapan termasuklah polis, pegawai imigresen dan buruh mengenai prosedur, memuktamadkan, meluluskan dan melaksanakan pelan tindakan kebangsaan, meningkatkan perkhidmatan perlindungan bagi memberikan insentif kepada mangsa untuk membabitkan diri dalam penyiasatan dan pendakwaan, termasuklah memberikan perlindungan kepada mangsa, pekerja asing dan lain-lain.