Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Brunei kekurangan jururawat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Negara Brunei Darussalam pada masa ini sedang berhadapan dengan kekurangan kira-kira 800 hingga 1,000 jururawat dan ia adalah amat ketara semasa pandemik COVID.

    Kebimbangan mengenai kekurangan jururawat itu telah ditimbulkan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Pengarah Eksekutif Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dalam kata alu-aluannya pada tayangan video pra-rakaman semasa Persidangan Hari Antarabangsa Kejururawatan dan Kebidanan 2023 yang berlangsung di Universiti Brunei Darussalam (UBD), kelmarin.

    Hadir pada persidangan itu ialah Pengarah Kejururawatan JPMC, Chung Yea Fui.

    Yang Berhormat Dato menekankan menjelang 2030, kita akan berhadapan dengan kira-kira 13 juta kekurangan jururawat secara global jika kita tidak melakukan sesuatu mengenainya sekarang, menurut laporan terkini daripada Majlis Jururawat Antarabangsa (ICN).

    Beliau berkata bahawa pandemik dan kurang pembiayaan sistematik merupakan antara sebab utama yang membawa kepada kekurangan salah satu sumber penjagaan kesihatan yang paling penting iaitu jururawat dan bidan.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menyampaikan ucapan pra-rakam pada persidangan itu. – Gambar oleh James Kon

    Yang Berhormat Dato menjelaskan bahawa perkara itu memang tidak dapat dibayangkan tetapi pada suatu ketika, kekurangan jururawat dan bidang merupakan sebuah krisis yang lebih teruk daripada pandemik itu sendiri.

    Dengan jumlah kes COVID-19 meningkat, begitu juga meningkatnya keperluan bagi petugas-petugas penjagaan kesihatan, ulas beliau.

    Perkara itu amat mencabar bagi Kementerian Kesihatan, jelas Yang Berhormat Dato, di mana sebahagian besar tenaga kerja dijangkiti oleh COVID-19 tetapi pada masa yang sama, pusat-pusat pengasingan amat diperlukan untuk merawat dan membendung penularan virus berkenaan.

    “Saya melihat jumlahnya, saya melihat orang-orang bekerja keras. Saya telah melihat dedikasi, jumlah jam yang mereka limpahkan dalam menentang COVID-19, meninggalkan keluarga dan rumah masing-masing,” ujarnya.

    Tema Hari Jururawat Antarabangsa 2023, ‘Jururawat Kita, Masa Depan Kita’, mengetengahkan peranan penting pemikiran ke hadapan dan peranan yang dimainkan oleh jururawat dalam organisasi penjagaan kesihatan.

    Manakala itu, tema Hari Antarabangsa Bidan 2023, ‘Bersama Lagi: Daripada Bukti dan Realiti’, mengenal pasti peranan penting yang dimainkan bidan dalam penjagaan kesihatan.

    Yang Berhormat Dato berkata, baginya kedua-dua tema berkenaan akan membimbing mereka ke arah bagaimana mereka ingin memberi laluan bagi jururawat dan bidan kita di mana masa depan tenaga kerja penjagaan kesihatan kita akan bergantung pada bagaimana kita menetapkannya.

    Persidangan itu dianjurkan oleh JPMC dengan kerjasama Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah, UBD dengan membawa tema ‘Inovasi Kejururawatan dan Kebidanan: Meningkatkan Impak dan Hasil’.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...