Brunei ketengahkan peluang perniagaan, pelaburan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Pusat Islam untuk Pembangunan Perdagangan (ICDT) telah menganjurkan The Webinar On Doing Business in Brunei dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah berlangsung secara maya hari ini.

Webinar telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah dan Ketua Pengarah ICDT, Latifa El Bouabdellaoui.

Dalam ucapan pembukaannya, Latifa menjelaskan siri webinar ini merupakan platform bagi negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) membentangkan peluang perniagaan dan pelaburan di negara masing-masing di samping mempamerkan pengalaman dan kisah kejayaan sektor swasta dalam pasaran tempatan mereka.

Dalam konteks ini, ICDT juga sangat mementingkan menganjurkan aktiviti yang menonjolkan potensi negara anggota OIC dengan tujuan untuk meletakkan mereka antara destinasi utama untuk pelaburan langsung asing.

Beliau turut menekankan bahawa perdagangan intra-OIC Brunei Darussalam, yang berjumlah 19.84 peratus daripada perdagangan asingnya pada tahun 2020 dan ini merupakan petunjuk positif bagi perniagaan OIC yang ingin meneroka perkongsian dengan Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew ketika berucap pada webinar tersebut. – Gambar serahan Kementerian Kewangan dan Ekonomi

Sementara Yang Berhormat Dato dalam ucapan alu-aluannya pula merakamkan penghargaan kepada ICDT atas inisiatif mengadakan webinar yang bertujuan mempromosikan Brunei sebagai pelaburan dan destinasi perniagaan yang menarik.

Beliau turut berkongsi mengenai rangka kerja dasar yang memupuk asas ekonomi yang kukuh dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035 dan usaha kepelbagaian ekonomi negara, termasuklah Pelan Induk Ekonomi Brunei dan Pelan Ekonomi Digital 2025 yang sedang dilaksanakan seiring dengan Dasar Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam dalam menyokong agenda pembangunan mampan.

Beliau turut menekankan hubungan perdagangan strategik yang kukuh antara Brunei dan negara-negara lain melalui ratifikasi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang merupakan perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia, sekali gus membuka peluang perdagangan dan pelaburan negara dan rakan kongsinya.

Semasa webinar itu, wakil dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei turut menyampaikan pembentangan mengenai rangka kerja perdagangan asing dan peluang perniagaan serta iklim pelaburan negara.

Tiga buah syarikat tempatan turut mengongsikan pengalaman perniagaan mereka bersama peserta webinar, antaranya pembentangan Kajian Kes Pengalaman Akses Pasaran Brunei yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Barramundi, Andreas von Scholte dan diikuti oleh pembentangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Ghanim International Corporation Sdn Bhd, Dr Nur Rahman dan Jurutera Projek – Kemudahan Bersepadu Pembangunan daripada CIC Environment Sdn Bhd, Dayang Zaahidah binti Iskandar.

Ketua Pengarah ICDT dan Setiausaha Tetap (Industri), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani menyampaikan ucapan pentutup di webinar berkenaan.

Webinar turut disertai peserta sektor awam dan swasta negara anggota OIC termasuk Azerbaijan, Indonesia, Iran, Malaysia, Maghribi, Nigeria, Tunisia, Turki, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.

Webinar turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi) Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dan Setiausaha Tetap (Ekonomi) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi Dr. Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin serta pegawai lain dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Turut hadir peserta daripada sektor awam dan swasta beberapa OIC negara anggota termasuk Azerbaijan, Indonesia, Iran, Malaysia, Maghribi, Nigeria, Tunisia, Turki, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.