Brunei komited bagi kedayatahanan bencana

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Di tengah-tengah pengurusan situasi COVID-19 menuju ke arah norma di rantau ASEAN dan dengan pertumbuhan impak perubahan iklim, Negara Brunei Darussalam terus berusaha untuk berdaya tahan dan menangani cabaran-cabaran yang dihadapi menerusi inovasi serta membangunkan kerjasama dan kepakaran dengan rakan-rakan serantau dan antarabangsa.

Dalam hubungan itu, Brunei komited menyampaikan tindakan bagi mengukuhkan lagi usaha bagi mitigasi dan penyesuaian iklim seluruh negara. Pada 2020, kerajaan Negara Brunei Darussalam telah menghantar National Determined Contribution (NDC) di bawah Perjanjian Paris dengan komitmen untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau negara keseluruhan sebanyak 20 peratus daripada tahap Business-As-Usual menjelang 2030 melalu strategi-strategi utama yang ditetapkan oleh Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dalam kenyataan semasa menghadiri Ministerial Forum for International Cooperation in Disaster Risk Reduction and Emergency Management secara maya yang dianjurkan oleh kerajaan Republik Rakyat China, hari ini.

Selain itu Yang Berhormat Pehin lagi turut menjelaskan bahawa Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) telah mengambil peranan penting sebagai agensi sokongan bagi Kementerian Kesihatan dalam bantuan bukan klinikal untuk menangani pandemik COVID-19 seperti membantu dengan persiapan pusat-pusat pemantauan bagi pengasingan yang ditetapkan dan mengekalkan operasi-operasi relevan yang lain bagi mengukuhkan lagi kawalan penularan komuniti yang meluas.

Beliau turut menyatakan bahawa agensi-agensi utama yang lain juga telah mengambil peranan sokongan yang serupa dalam pengawalan bagi menuju pemulihan dan memastikan sektor ekonomi utama Brunei berdaya tahan dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa seperti Hengyi Industries yang beroperasi di Pulau Muara Besar.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menghadiri Ministerial Forum for International Cooperation in Disaster Risk Reduction and Emergency Management secara maya. – Gambar serahan KHEDN

Kerajaan juga telah meletakkan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang komprehensif yang berpandukan kepada kerjasama dan kolaborasi bersama. Dalam hubungan itu, Brunei mengalu-alukan sinergi yang lebih kukuh di antara inisiatif-inisiatif dalam pengurangan risiko bencana dan cabaran semadsa serta juga ancaman-ancaman yang baru muncil di antara industri, sektor awam serta juga rakan-rakan serantau dan antarabangsa.

Beliau juga berkata bahawa pandemik itu telah menunjukkan perlunya untuk menonjolkan pemimpin proaktif di kalangan komuniti untuk menyokong agensi-agensi yang berkenaan dan meletakan penyetempatan ke hadaoan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin barisan hadapan.

Terdahulu dalam kenyatannya, Yang Berhormat Pehin merakamkan penghargaan kepada Republik Rakyat China dengan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan kolaborasi bersama Republik Rakyat China dalam menyokong penubuhan strategik bagi pengurusan bencana, dengan meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sekaligus menyumbang kepada pembinaan komuniti yang berdaya tahan.

Yang Berhormat Pehin selanjutnya menyatakan persahabatan di antara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China dalam pelbagai kolaborasi yang memberi kepentingan bersama dan berharap akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala di antara dua negara tersebut.

“Ini termasuk penglibatan pertama Republik Rakyat China yang dikenali sebagai AMMDM Plus China dalam ASEAN Ministerial Meeting on Disaster Management (AMMDM) iaitu kolaborasi serantau bagi ASEAN China dalam pengurusan pengurangan risiko bencana yang dikoordinasikan oleh ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance (AHA Centre).”
Beliau juga merakamkan penghargaan terima kasih atas sumbangan juga sokongan dari Republik Rakyat China terhadap Brunei Darussalam dalam menangani penularan wabak COVID-19.

Forum itu adalah hasil daripada persetujuan Inisiatif Jalan dan Laluan (BRI) yang kedua pada 2019. Pada forum tahun ini, ia dihadiri oleh menteri-menteri pengurusan bencana dari negeri-negeri yang terlibat, iaitu termasuk beberapa negeri dan organisasi ASEAN serta antarabangsa yang bertanggungjawab untuk menggalakkan daya ketahanan dan mitigasi bagi pengurangan bencana.