Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Brunei, Laos meterai dua MoU

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan menerima mengadap Presiden Republik Demokratik Rakyat Laos, Tuan Yang Terutama Thongloun Sisoulith dan isteri, Naly Sisoulith serta rombongan.

    Terdahulu sebelum majlis mengadap, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berangkat mengalu-alukan ketibaan Tuan Yang Terutama dan isteri di Istana Nurul Iman dan seterusnya bersama-sama naik ke Pentas Khas untuk menerima tabik hormat diiringi dengan lagu kebangsaan kedua-dua buah negara dan 21 das tembakan meriam.

    Kedua-dua pemimpin seterusnya memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

    Tuan Yang Terutama dan isteri kemudiannya diperkenalkan dengan kerabat-kerabat diraja, Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja; timbalan-timbalan menteri dan setiausaha-setiausaha tetap dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri serta ketua-ketua perwakilan asing berserta pasangan masing-masing.

    Baginda berdua kemudiannya disembah kenalkan kepada ahli-ahli rombongan Tuan Yang Terutama.

    Baginda Sultan berkenan disembah kenalkan kepada ahli-ahli rombongan TYT Thongloun Sisoulith. Turut berangkat ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. – Gambar oleh Infofoto
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha semasa berkenan menerima mengadap TYT Thongloun Sisoulith dan isteri, Naly Sisoulith di Istana Nurul Iman.
    ATAS & BAWAH: DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan berangkat ke majlis mengadap.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, YAM Pengiran Bini Hajah Faizah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam berkenan berangkat ke majlis mengadap kelmarin.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menandatangani MoU dalam kerjasama tenaga bersama TYT Daovong Phonekeo semasa majlis tersebut.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bertukar dokumen dengan TYT Saleumxay Kommasith selepas menandatangani MoU dalam kerjasama pertanian.

    Majlis Mengadap

    Sejurus selepas itu, majlis mengadap diadakan di Cheradi Laila Kenchana.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muh-tadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah.

    Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahi-bul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

    Antara yang hadir daripada rombongan Laos ialah Timba-lan Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Luar, TYT Saleumxay Kommasith dan isteri.

    Majlis Perjumpaan Dua Hala

    Selepas majlis mengadap, Baginda Sultan berangkat bersama Tuan Yang Terutama ke Baitul Mesyuarah bagi Majlis Perjumpaan Dua Hala.

    Semasa majlis itu, Baginda dan Tuan Yang Terutama mengalu-alukan perkembangan dalam bidang-bidang kerjasama yang sedia ada, serta penerokaan peluang-peluang baharu ke arah mengukuhkan lagi hubungan persahabatan di antara rakyat Brunei dan Laos.

    Kedua-dua pihak juga bersetuju keselamatan makanan dan rantaian bekalan amat relevan ketika menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan mengalu-alukan penandata-nganan dua perjanjian di antara kedua-dua buah negara.

    Selepas majlis perjumpaan itu, Baginda dan Tuan Yang Terutama menyaksikan majlis penandatanganan bagi dua memorandum persefahaman (MoU).

    Dua MoU dimeterai

    Bagi kerjasama pertanian, menandatangani bagi pihak kerajaan ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Luar, TYT Saleumxay Kommasith bagi pihak Laos.

    Sementara itu, kerjasama dalam bidang tenaga telah ditandatangani oleh Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, bagi pihak kerajaan dan Minister of Energy and Mines, TYT Daovong Phonekeo bagi pihak kerajaan Laos.

    Turut menyaksikan majlis penandatanganan tersebut ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...