Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Brunei LNG hulur derma kepada 176 anak yatim

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 25 APRIL – Sebagai sebahagian daripada strategi pelaburan sosialnya dalam membantu masyarakat setempat, Brunei LNG Sdn Bhd (Brunei LNG) telah menjalankan penyampaian sumbangan secara pandu lalu bagi 176 orang anak yatim yang berlangsung di ibu pejabatnya di Lumut.

Hadir menyaksikan majlis ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG, Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib yang bersama perwakilan pasukan kepimpinan Brunei LNG menyempurnakan penyampaian sumbangan berupa wang tunai, Pakej Penjagaan COVID-19, beras dan beg cenderahati bagi setiap anak yatim.

Turut hadir menyaksikan majlis itu ialah Ketua Kampung Lumut 2, Haji Khairdon bin Haji Dahlan.

Majlis penyampaian sumbangan selama dua hari itu merupakan salah satu aktiviti tahunan Brunei LNG dalam bulan Ramadan.

Ia diketuai oleh Presiden Badan Pekerja-pekerja Islam (BPPI) Brunei LNG, Awang Mohd Hassanal Adilah bin Mohd Junaidi dengan kerjasama sukarelawan BLNGolden Hearts Project yang merangkumi kakitangan syarikat itu.

Hajah Farida menyampaikan sumbangan kepada anak yatim secara pandu lalu. – Gambar serahan Brunei LNG
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -