Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Brunei LNG komited bangun tenaga kerja mampan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Program EmployAbility merupakan satu pelaburan sosial induk Brunei LNG yang mempunyai matlamat strategik untuk membina tenaga kerja tempatan berkemahiran dan mampan supaya dapat memastikan perniagaan berdaya
    tahan dan stabil bagi Brunei LNG dan Brunei.

    Pada masa yang sama, ia juga bermatlamat untuk mengurangkan pengangguran dan meningkatkan Bruneianisation, jelas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG, Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib dalam ucapan alu-aluannya
    pada Majlis Penandatanganan bagi Pengambilan ke-2 Program Perantisan Brunei EmployAbility yang berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.

    Dalam ucapannya lagi, beliau menerangkan bahawa di bawah EmployAbility adalah perjanjian kakitangan tempatan yang dihasratkan untuk mengenal pasti, membina dan mengambil bekerja seorang pekerja berkemahiran pipeline dengan membina sebuah tenaga kerja tempatan mampan. Ia diharap menyumbang kepada mengurangkan pengangguran negara dengan meningkatkan kemahiran dan memberikan kemahiran baharu kepada pencari-pencari kerja yang ada menerusi latihan serta bimbingan.

    Komponen kedua, jelasnya, ialah program perantisan di mana ia mengambil pekerja-pekerja berkelayakan daripada empat rakan kongsi perniagaan dan menaja latihan meningkatkan kemahiran dan memberikan kemahiran baharu.

    Latihan dalam perkhidmatan itu akan menggunakan program Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C) di bawah Manpower Industry Steering Committee (MISC
    WG) for Energy iaitu iSkill’s Industry Skill Certification (ISC) yang merupakan kolaborasi dengan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) sebagai organisasi penganugerahan bagi program berkenaan.

    Hajah Farida berkata lagi bahawa EmployAbilty akan membina sebuah tenaga kerja tempatan mampan yang akan menggantikan pekerja-pekerja asing dalam tugasan asas. Ia akan mengurangkan keperluan bagi rakan-rakan kongsi tempatan mereka untuk bersaing dalam kumpulan terhad apabila ingin memenuhi keperluan LBD mereka.

    Menurutnya, pandemik telah memberikan peluang kepada kita untuk mengurangkan risiko masa hadapan melalui kempen berstruktur yang mengenal pasti, memberikan kemahiran semula dan memadankan keupayaan tempatan dalam pekerjaan.

    Hajah Farida semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya pada Majlis Penandatanganan bagi Pengambilan ke-2 Program Perantisan Brunei EmployAbility pada Sabtu lalu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...