Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Brunei LNG tanam 600 anak pokok

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 2 JUN – Susulan inisiatif menanam 200 anak pokok pada Mac tahun ini, Brunei LNG telah meneruskan program penanaman pokok dengan 600 anak pokok tambahan ditanam di kawasan Bukit Perumpong, Sungai Liang pada pagi ini.

    Lebih daripada 120 anggota sukarelawan dari Brunei LNG, Green Brunei dan Sekretariat Perubahan Iklim Brunei Darussalam serta pegawai dan kakitangan dari Jabatan Perhutanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan telah mengambil bahagian dalam program berkenaan.

    Hadir untuk menyelia acara tersebut ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG, Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib.

    Juga hadir ialah Naib Presiden Eksekutif Brunei LNG di Shell PLC, Cederic Cremers; Naib Presiden Brunei, Wakil Pemegang Saham Shell, Suzanne Coogan serta pengasas bersama dan Pengarah Penglibatan Komuniti Green Brunei, Dayang Khairunnisa Ash’ari.

    Dalam ucapan pembukaan, Hajah Farida meluahkan rasa gembira kerana dapat kembali semula untuk menanam lebih banyak anak pokok di kawasan itu sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan mereka untuk menghapus jejak karbon.

    Gambar ramai peserta yang hadir semasa acara penanaman pokok yang diadakan di kawasan Bukit Perumpong, Sungai Liang kelmarin.
    Hajah Farida membantu menanam salah satu anak pokok pada acara tersebut.

    “Ini adalah acara penanaman pokok kedua selepas acara pertama yang diadakan pada 28 Mac 2022 di lokasi yang sama, di mana Brunei LNG menanam 200 pokok sempena memperingati Hari Perhutanan Antarabangsa.”

    Beliau juga menekankan daripada 200 pokok yang ditanam sebelum ini, beberapa anak pokok tidak dapat hidup disebabkan timbulnya keadaan yang tidak dapat dijangka sejak penanaman terakhir.

    Untuk mengganti anak pokok yang tidak dapat hidup, beliau menambah bahawa acara itu juga termasuk menanam semula 20 anak pokok, selain penanaman 600 anak pokok untuk memastikan sasaran menanam 1,000 pokok pada tahun ini dapat dicapai.

    Hajah Faridah berharap dengan penanaman anak pokok di kawasan itu, generasi akan datang akan menyaksikan kesan perubahan iklim yang berkurangan dan tidak meningkat pada kadar pesat seperti yang dilihat hari ini. Sejak menjawat jawatan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Brunei LNG, telah menjadi salah satu matlamat beliau agar Brunei LNG menjadi rakan aktif dalam perjalanan ke arah pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan.

    Sementara itu, Dayang Khairunnisa juga berkongsi, “Kerjasama yang berterusan sebagai rakan Brunei LNG telah mencatat kejayaan dan Brunei LNG hampir-hampir mencapai matlamat untuk menanam 1,000 pokok pada 2022 serta projek lain yang telah dirancangkan.”

    Dalam menanam 800 daripada 1,000 pokok sebagai sebahagian daripada komitmen Brunei LNG terhadap Protokol Hijau di bawah Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Brunei Darussalam (BNCCP), Brunei LNG berharap dapat mewujudkan alam sekitar mampan untuk komuniti, negara dan dunia, sementara juga menyokong komitmen kerajaan Brunei ke arah negara dengan karbon rendah dan berdaya iklim.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...