Brunei mara ke final

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dalam perlawanan menentang Pasukan Malaysia.

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat menyaksikan perlawanan di antara Pasukan Polo Brunei dan Pasukan Malaysia pada hari kedua Kejohanan Polo Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-72. (Klik di sini untuk cerita lanjut)