Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Brunei masih alami keadaan cuaca aktif

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Negara Brunei Darussalam masih berada dalam monsun timur laut di mana keadaan cuaca aktif sering berlaku pada waktu petang dan malam hingga ke awal pagi diramalkan berlaku bermula esok hingga 28 Januari yang disebabkan oleh pembentukan awan hujan yang aktif di kawasan negara.

    Menurut kenyataan Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam (BDMD), hujan dan hujan berpetir sekali-sekala dijangka berlaku dengan angin kencang meningkat sehingga 45kmsj semasa atau dekat hujan lebat manakala keadaan laut pada amnya berombak di paras sedikit sehingga 1.0 m sepanjang minggu ini.

    Sehubungan itu, BDMD menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku. Risiko banjir kilat boleh berlaku terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat yang berlanjutan lebih 1 jam dan semasa kejadian air pasang.

    Kejadian tanah susur dan pokok tumbang juga boleh berlaku semasa hujan dan keadaan berangin.

    Orang ramai, pemandu di jalan raya dan pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh BDMD dan membuat perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua. Kenyataan menyatakan, jabatan itu akan terus memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu.

    Maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini boleh diterima dengan lebih mudah melalui aplikasi bimbit iaitu Brunei WX, kerana maklumat, nasihat dan amaran cuaca dapat diterima terus sebaik sahaja nasihat atau amaran terkini dikeluarkan.

    Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau melalui laman Facebook (@bruneiweather) dan Instagram (@bruneiweather).

    rain drops on car glass – bue white balance processing style
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...