Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Brunei memasuki monsun barat daya

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Negara Brunei Darussalam sekarang berada dalam monsun peralihan selepas monsun timur laut dan sebelum memasuki monsun barat daya.

    Sehubungan itu, semasa tempoh peralihan ini, keadaan cuaca negara pada amnya cenderung panas pada waktu siang, manakala kejadian ribut petir berpotensi berlaku di kawasan pedalaman pada waktu petang dan merebak ke kawasan pesisiran dan perairan negara pada waktu malam.

    Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam, Kementerian Pengang-kutan dan Infokomunikasi melalui kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, menjelaskan kejadian ribut petir kadangkala lebat dan berangin kencang boleh berlaku dan terdapat risiko banjir kilat atau banjir semasa tempoh peralihan ini nanti.

    Keadaan cuaca aktif diramalkan berlaku bermula 4 April hingga 9 April, disebabkan oleh pembentukan awan hujan yang aktif di kawasan negara.

    Hujan dan hujan berpetir sekali-sekala dijangka berlaku dengan angin kencang meningkat sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) semasa atau dekat hujan lebat atau hujan berpetir.

    Keadaan laut pada amnya berombak di paras sedikit hingga sederhana, mencapai sehingga 2m.

    Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku di mana terdapat risiko berlakunya banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat yang berlanjutan lebih satu jam dan semasa kejadian air pasang. Kejadian tanah susur dan pokok tumbang juga boleh berlaku semasa hujan lebat dan keadaan berangin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -