Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Brunei Muara A raih kejayaan di Terbuka Tenom

    SABAH, 12 SEPT – Pasukan sepak takraw Brunei Muara A yang mewakili Negara Brunei Darussalam berjaya menduduki tempat ketiga di Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Tenom, Sabah.

    Kejohanan tersebut berlangsung baru-baru ini di Dewan Serba guna Kompleks Sukan Tenom, disertai sebanyak 26 pasukan dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia termasuk empat pasukan dari Negara Brunei Darussalam.

    Terdahulu, tiga buah pasukan sepak takraw negara iaitu Brunei Legend, Sengkurong A dan Sengkurong B yang berentap dalam kejohanan tersebut gagal untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

    Manakala pasukan Brunei Muara A yang dibarisi oleh pemain kebangsaan beraksi cemerlang mengalahkan pasukan lawan hingga berjaya ke peringkat separuh akhir namun akhirnya tewas kepada pasukan Sabah Cops A yang terdiri daripada pemain STL dari Negeri Sembilan.

    Pasukan Krian Nenz Frenz yang juga terdiri dari pemain STL Kuala Lumpur muncul juara kejohanan tersebut setelah berjaya menumpaskan pasukan Sabah Cops A di peringkat akhir.

    Pasukan sepak takraw Brunei Muara A bergambar ramai selepas berjaya menduduki tempat ketiga dalam Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Tenom di Dewan Serba guna Kompleks Sukan Tenom, Sabah. – Gambar serahan Rasli ABR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...