Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei Muara ‘A’ rangkul emas

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

    Gambar oleh Abdul Hakiim Yakof

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Pasukan Brunei Muara ‘A’ hari ini tampil dengan pingat emas di dalam Kategori Berpasukan Sabre Lelaki dan Kategori Berpasukan Foil Wanita dalam Kejohanan Lawan Pedang Terbuka Brunei Darussalam di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah Di Berakas.

    Pasukan lelaki Brunei Muara ‘A’ diwakili oleh Awang Anaqi Danish Asahrin, Awang Haziq Asahrin, Awang Hardiwan Shah Rahim, dan Yunus Hamid, menewaskan Pasukan Filipina yang diwakili oleh Matthew Domantay, Angelo Ramos, Bonn Kristofer Pascual dan Ricardo Jr Fuenzalida.

    Dalam Kategori Berpasukan Foil Wanita pula Brunei Muara ‘A’ diwakili Dayang Eleena Haji Anuar, Dayang Maisarah Manusin, Dayang Anis Yahya menewaskan Pasukan  Chulalongkorn dari Thailand yang diwakili Mee Chai Kanuapat, Thongchampa Ploypailin, and Tiebpia Sasithorn.

    Namun begitu Pasukan Brunei Muara ‘A’ yang diwakili Awang Muinuddin Masri, Awang Nashriq Moksin, dan Awangku Sofhi Pengiran Hamid meraih pingat perak di dalam Kategori Berpasukan Epee apabila terpaksa akur dengan gandingan dari Filipina yang diwakili Jian Miguel Bautista, Zedric Estavillo, Dennis Andrew Gaston dan Ralph Mendones.

    Pasukan lelaki Brunei Muara ‘A’ telah memenangi pingat emas dalam Kategori Berpasukan Sabre Lelaki.
    Pasukan lelaki Brunei Muara ‘A’ telah memenangi pingat emas dalam Kategori Berpasukan Sabre Lelaki.
    Pingat emas dalam Kategori Berpasukan Foil Wanita telah menjadi milik Pasukan wanita Brunei Muara ‘A’.
    Pingat emas dalam Kategori Berpasukan Foil Wanita telah menjadi milik Pasukan wanita Brunei Muara ‘A’.

    Sejurus selepas penyampaian hadiah, Jurulatih Lawan Pedang Brunei Darussalam, Rocky Poerawinata ketika ditemui menegaskan bahawa Pasukan Filipina adalah pasukan yang bagus, namun menurutnya pendedahan di dalam kejohanan kali ini telah membuka ruang bagi memperbaiki prestasi pasukan lawan pedang negara.

    “Saya gembira dengan sokongan semua pihak dan kita ada satu hari lagi untuk meraih pingat esok dan saya yakin pelawan pedang muda negara akan mampu membuat yang terbaik, bukan sahaja dalam kejohanan ini malah di masa akan datang,” ujarnya di sidang media hari ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda