Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Brunei mula berpuasa Ahad ini

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) mengumumkan bahawa ketetapan 1 Ramadan 1443 Hijrah bagi Negara Brunei Darussalam akan jatuh pada hari Ahad, 3 April ini.

    Dengan keputusan tersebut maka ibadah puasa akan bermula pada hari tersebut dan sembahyang Tarawih, Witir dan tadarus Al-Quran akan bermula pada malam 2 April.

    Manakala menurut hukum Syarak, bulan Syaaban tahun ini adalah digenapkan
    menjadi 30 hari.

    Pada tahun ini, empat buah lokasi telah ditetapkan untuk merukyah anak bulan Ramadan, iaitu Bukit Agok di Jerudong, Tanjung Batu di Pekan Muara, Bukit Ambog di Daerah Tutong
    dan Bukit Lumut di Daerah Belait.

    Hasil keputusan merukyah anak bulan Ramadan 1443 Hijrah adalah tidak kelihatan di lokasi-lokasi tersebut pada petang tadi.

    Pengesahan keputusan rukyah telah pun dimaklumkan kepada Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Yang Di-Pertua MUIB, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, bersama dengan kehadiran ahli-ahli MUIB yang telah bersidang di Bilik Mesyuarat Pejabat Menteri Hal Ehwal Ugama di Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama lewat petang tadi.

    Hadir pada persidangan tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar selaku naib yang di-pertua MUIB, serta ahli-ahli MUIB iaitu Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; dan Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Salim bin Haji Besar.

    Terdahulu, acara keaga-maan bagi menunggu hasil rukyah awal bulan Ramadan 1443 Hijrah telah berlangsung di Dewan Multaqa, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis yang dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan disusuli dengan tahlil dan Doa Arwah.

    Yang berhormat menteri-menteri kabinet semasa bersidang bagi mengesahkan awal bulan Ramadan setelah anak bulan tidak dapat dilihat. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Rukyah anak bulan Ramadan yang tidak sabit dilihat pada petang kelmarin. – Gambar oleh Adib Noor

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...