BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Umat Islam di Negara Brunei Darussalam akan mula berpuasa pada Selasa, 1 Ramadan 1440 Hijrah bersamaan 7 Mei 2019 Masihi.
Perkara tersebut telah dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, setelah bersidang dan mendapat kurnia perkenan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)