Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    Brunei Muzik Video 2022 terima tajaan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Empat buah syarikat menandatangani perjanjian penajaan bagi rancangan Brunei Muzik Video 2022 yang merupakan sebuah rancangan pertandingan penerbitan muzik yang pertama diadakan di Negara Brunei Darussalam.

    Majlis penandatanganan perjanjian tersebut telah berlangsung di Ibu Pejabat Radio Televisyen Brunei (RTB), Bangunan Sekretariat, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Menandatangani bagi pihak RTB ialah Pemangku Pengarah RTB, Awang Azman bin Haji Abdul Rahim, manakala itu syarikat-syarikat penaja iaitu McDonald’s Brunei, Print Plus Sdn Bhd, Ayam Brand, dan Dpicbox Photobooth BN telah diwakili oleh pengurus atau wakil syarikat masing-masing.

    Brunei Muzik Video diadakan sebagai usaha untuk mencungkil bakat, idea dan kreativiti para penggiat seni khususnya dalam penerbitan muzik video sama ada secara individu atau
    berkumpulan.

    Pertandingan akhir dijangka berlangsung pada 26 November depan bermula pukul 8 malam di Jerudong Park Amphitheatre.

    Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir menyaksikan dan memeriahkan lagi malam pertandingan dan siaran langsung pertandingan juga boleh diikuti melalui saluran RTB Aneka dan RTBGo.

    Awang Azman bersama wakil salah sebuah syarikat penaja program menunjukkan dokumen perjanjian yang dimeterai. – Gambar serahan RTB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...