Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Ogos – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Brunei Darussalam berkenan berangkat menyaksikan perlawanan pasukan Negara Brunei Darussalam dalam acara Bola Jaring di sebelah petang hari ini.
Turut berangkat di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, selaku pengurus pasukan bola jaring kebangsaan dan anakanda Duli Yang Teramat Paduka Seri Pengiran Bendahara, Yang Amat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul ‘Aleem.
Dalam perlawanan tersebut pasukan negara di bawah kendalian jurulatih Thilaka Jinadasa sekali lagi mempamerkan peningkatan yang memberangsangkan apabila berjaya mengecilkan jurang jaringan jika dibandingkan dengan keputusan Sukan Asia Tenggara ke-28 yang lalu di Singapura.
Ikuti berita lanjut dalam Media Permata.