Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Brunei pilih Stadium KLFA

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Brunei Darussalam akan menjadikan Stadium KLFA sebagai tuan rumah untuk perlawanan akan datang dalam Piala Mitsubishi Electric Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2022 (AMEC 2022), menurut Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), kelmarin.

    Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Media dan Komunikasi FABD, Bujang bin Haji Japar dalam sidang media di Dewan Teater FABD, Jalan Pusat Persidangan, kelmarin.

    Stadium KLFA dipilih sebagai ‘tempat sendiri’ Brunei Darussalam atas dasar yang ditetapkan oleh pihak penganjur, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), yang mewajibkan semua perlawanan AMEC 2022 dijalankan di stadium Tier 1.

    Keputusan ini juga diambil selepas mengambil kira keadaan Stadium Negara Hassanal Bolkiah yang sedang dalam proses naik taraf dan tidak dapat digunakan sepenuhnya.

    Brunei Darussalam berjaya mara ke Kumpulan A bersama kuasa besar Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

    Bujang (tengah), Mohd Shahnon (kiri) dan Pengiran Haji Waslimin dalam sidang media mengumumkan pemilihan Stadium KLFA sebagai ‘laman sendiri’ untuk Brunei Darussalam, kelmarin. – Gambar serahan FABD

    Tabuan akan memulakan perlawanan dalam kumpulan berdepan Thailand pada 20 Disember, diikuti Filipina tiga hari kemudian, dan Indonesia pada 26 Disember, sebelum mengakhiri kempen menentang Kemboja pada 29 Disember.

    Pasukan kebangsaan seramai 23 orang pemain akan berlepas ke Kuala Lumpur pada 12 Disember dengan diiringi 10 orang pegawai.

    Peminat bola sepak tempatan adalah digalakkan untuk hadir dan menyokong pasukan bola sepak Brunei Darussalam. Tiket masuk boleh dibeli di Stadium KLFA.

    Brunei Darussalam layak untuk mara ke peringkat kumpulan selepas berjaya menewaskan Timor Leste dengan agregat 6-3 hasil daripada dua pusingan kelayakan.

    Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Setiausaha Agung FABD, Mohd Shahnon bin Mohd Salleh dan Pengurus Pasukan Brunei Darussalam, Pengiran Haji Waslimin bin Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Momin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...