Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei Press rai Tahun Baru Cina

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Feb – Brunei Press Sdn Bhd tidak ketinggalan menyemarakkan Sambutan Tahun Baru Cina (TBC) 2017 dengan Majlis Jamuan Istimewa TBC yang telah berlangsung di Restoran Millenium, Beribi, hari ini.

    Ketibaan lebih 150 orang warga Brunei Press Sdn Bhd serta para jemputan istimewa telah dialu-alukan oleh Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Reggie See dengan menerima paket merah.

    Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QAF (B) Sdn Bhd, Albert Lau dan isteri, Pengarah (Bukan Eksekutif) Brunei Press Sdn Bhd, Dato Yusoff Hamid dan datin serta Timbalan Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Hazizah binti Osman.

    Reggie See (tengah), Albert Lau (dua, kiri) dan Dato Yusoff Hamid (dua, kanan) bergambar ramai bersama pihak pengurusan Brunei Press Sdn Bhd dan QAF (B) Sdn Bhd pada Majlis Jamuan Istimewa sempena Sambutan Tahun Baru Cina di Restoran Millenium, Beribi.

    Antara warga Brunei Press Sdn Bhd yang hadir memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2017.
    Antara warga Brunei Press Sdn Bhd yang hadir memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2017.

    Warga Brunei Press Sdn Bhd ketika mengambil juadah yang dihidangkan oleh Restoran Millenium.
    Warga Brunei Press Sdn Bhd ketika mengambil juadah yang dihidangkan oleh Restoran Millenium.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat dan dikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Reggie See yang antara lain menekankan kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan dan minda agar dapat meningkatkan produktiviti pekerjaan dan juga kualiti pekerjaan yang lebih baik pada tahun baru ini.

    Beliau menyatakan lagi, objektif Brunei Press adalah ketepatan masa di tempat kerja, kualiti yang konsisten dan menawarkan ketepatan masa terhadap produk-produk dan perkhidmatan kepada para pelanggan.

    Sambutan TBC Brunei Press merupakan acara tahunan bagi menghargai kerjasama, sinergi, keharmonian dan sumbangan daripada pemegang saham terutama ahli-ahli kumpulan Brunei Press Sdn Bhd.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda