Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei raih tempat ketiga kejohanan pedang

    Oleh Mohamad Asyramisyanie
    Gambar oleh Persatuan Lawan Pedang Brunei Darussalam

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Pasukan Lawan Pedang Brunei Darussalam meraih tempat ketiga keseluruhan di dalam Kejohanan Lawan Pedang Terbuka Brunei Darussalam 2017 apabila berjaya meraih dua emas, tiga perak dan tujuh gangsa daripada kejohanan yang bermula pada 10 Januari lalu.

    Tampil juara keseluruhan ialah Pasukan Thailand yang meraih tiga emas, dua perak dan satu gangsa, diikuti oleh Pasukan UST Filipina yang tampil dengan tiga emas, satu perak dan lima gangsa untuk berada di tempat kedua kejohanan.

    Sementara pada hari terakhir semalam pasukan negara iaitu Pasukan Athos Brunei dan Pasukan Brunei dan Muara A, masing-masing meraih perak dan gangsa di dalam acara berpasukan Foil lelaki di belakang pemenang emas daripada Malaysia.

    Sementara itu bagi acara Berpasukan Epee Wanita pula, Pasukan Thailand berjaya meraih emas meninggalkan kedua-dua Pasukan Brunei dan Muara B yang juga meraih perak dan gangsa, manakala bagi acara Berpasukan Sabre Wanita pula dimenangi oleh Pasukan Filipina yang menewaskan Pasukan Brunei Darussalam yang terpaksa dengan akur meraih perak diikuti oleh sebuah lagi pasukan Filipina yang meraih gangsa.

    Gambar ramai bersama para peserta yang menyertai Kejohanan Lawan Pedang Terbuka Brunei 2017 kali ini.
    Gambar ramai bersama para peserta yang menyertai Kejohanan Lawan Pedang Terbuka Brunei 2017 kali ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda