Tuesday, August 9, 2022
26.8 C
Brunei

Brunei rekod 35 kes baharu

-

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Sebanyak 35 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 15,093 orang.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media hari ini mengatakan terdapat tambahan 14 kes baharu kepada enam kluster aktif yang sedia ada yang merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya.

Sementara itu, terdapat dua kluster baharu telah dikesan yang melibatkan tujuh kes, yang mana kedua-duanya adalah kluster kediaman persendirian iaitu Kluster 15065 dan Kluster 15048.

Tiga kluster pula telah ditamatkan setelah tidak ada kes dikesan dalam kluster tersebut selama 28 hari, iaitu Kluster Tendrill International Sdn Bhd, Kluster 10993 dan Kluster 10777, menjadikan jumlah kluster yang aktif menurun kepada 131 kluster.

“Manakala, terdapat 14 kes baharu yang masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan dengan sebanyak 56 kes disahkan sembuh hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 14,507 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 487 kes,” tambah beliau.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan setiausaha tetap di Kementerian Kesihatan semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. – Gambar oleh Muiz Matdani

Ketika ini, ujarnya lagi, empat kes dalam Kategori 5 masih dirawat di unit rawatan intensif, dan kesemuanya memerlukan bantuan mesin pernafasan dengan satu kes memerlukan bantuan mesin tambahan heart/lung machine (ECMO).

“Sementara itu, tidak ada kes lain dikategorikan dalam kategori 4 iaitu yang di bawah pemantauan rapi dan memerlukan bantuan oksigen,” jelas Yang Berhormat Dato.

Manakala dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 4,819 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 619,624 ujian.

Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Dato menyeru orang ramai untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT agar rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam sentiasa dikurniakan nikmat kesihatan dan kesejahteraan.

“Semoga penularan wabak COVID-19 akan berakhir secepatnya dan Negara Brunei Darussalam akan sentiasa dilindungi dan dirahmati,” ujarnya.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -