Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Negara Brunei Darussalam menyepakati aspirasi ASEAN bahawa sukan merupakan satu bidang yang dapat memberi pelbagai sumbangan terutama kepada peningkatan tahap kesihatan, perpaduan dan integrasi serantau di samping pemupukan semangat patriotik, pembentukan masyarakat berdisiplin dan berdaya saing.
Perkara itu disuarakan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Kesatuan Myanmar, Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Kolonel (B) Dato Paduka Haji Abdu’r Rahmani bin Dato Paduka Haji Basir yang mewakili Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam ke Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN mengenai Sukan ke-4, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan(KKBS), di sini, hari ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan dan Sukan Kesatuan Republik Kesatuan Myanmar, Dr. Myint Htwe itu memperakukan Pelan Kerja ASEAN mengenai Sukan 2016-2020 bagi kemajuan pesat sukan untuk semua dan sukan untuk prestasi tinggi di segenap lapisan masyarakat ASEAN sebagai landasan kepada pengukuhan integrasi ASEAN yang antara lain termuat dalam kenyataan bersama menteri-menteri.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn