Brunei serah bantuan kemanusiaan

Puan Yang Terutama Hajah Masurai bergambar ramai bersama Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad semasa memberi sumbangan bantuan kemanusiaan Negara Brunei Darussalam bagi Hospital Medan Kerajaan Malaysia.

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 12 Julai 2018 – Bagi menyahut seruan Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menghulurkan bantuan-bantuan kemanusiaan kepada pihak-pihak yang memerlukan di Cox’s Bazar, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Bangladesh, Puan Yang Terutama Hajah Masurai binti Haji Masri  telah menyerahkan sumbangan bantuan kemanusiaan Negara Brunei Darussalam bagi Hospital Medan Kerajaan Malaysia di sana, hari ini. (Klik di sini untuk berita selanjutnya)