Friday, August 19, 2022
30.5 C
Brunei

Brunei sertai bengkel cegah pemerdagangan orang

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Seramai 60 orang peserta dari agensi-agensi di bawah Jawatankuasa Kebangsaan Anti-Pemerdagangan Orang, Negara Brunei Darussalam mengikuti bengkel mengenai Sistem Focal Point Kebangsaan bagi Konvensyen ASEAN mengenai

Pemerdagangan Orang (ACTIP) yang berlangsung selama dua hari secara maya.

Bengkel yang bermula hari ini itu dikendalikan bersama oleh Republik Filipina selaku Voluntary Lead Shepherd Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN mengenai Jenayah Rentas Negara (SOMTC) mengenai pemerdagangan manusia dan The Asia Foundation dengan kerjasama Jawatankuasa Kebangsaan Anti-Pemerdagangan Orang, Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Hadir secara maya pada majlis pembukaan bengkel berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Keselamatan, Penguatkuasaan dan Undang-undang) di JPM, Dato Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu selaku pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Anti-Pemerdagangan Orang.

Dalam ucapan alu-aluannya, Dato Paduka Haji Sufian mengetengahkan usaha-usaha jawatankuasa kebangsaan berkenaan untuk menangani jenayah pemerdagangan manusia dengan pendekatan whole-of-nation dan whole-of-government.

Beliau turut menzahirkan harapan agar para peserta akan dapat mengambil manfaat daripada perkongsian ilmu mengenai amalan-amalan terbaik dalam menangani trend-trend jenayah pemerdagangan manusia di rantau ini.

Majlis pembukaan itu turut disertai secara maya oleh Pembantu Setiausaha Jabatan Dalam Negara dan Kerajaan Setempat, Republik Filipina, Marcelo C Morales.

Antara pengisian bengkel adalah sesi pembentangan oleh pakar-pakar dari Republik Filipina dan The Asia Foundation mengenai ACTIP dan pertukaran pandangan mengenai mekanisme pemantauan bagi pelaksanaan ACTIP oleh agensi-agensi yang berkenaan di Negara Brunei Darussalam.

Dato Paduka Haji Sufian ketika menghadiri majlis pembukaan bengkel berkenaan yang diadakan secara maya. – Gambar serahan JPM
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -