Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Brunei, Singapura terus akrab

    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini mengesahkan semula persahabatan akrab antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, kerjasama meluas dan kian berkembang antara kedua-dua buah negara.

    Baginda turut memperakui betapa pentingnya bagi kedua-dua buah negara sebagai negara yang sederhana di rantau Asia Tenggara untuk terus bekerjasama rapat ke arah kemakmuran dan kedayatahanan yang berterusan.

    Baginda menekankan perkara itu semasa bertitah pada majlis santap sempena Keberangkatan Negara ke Republik Singapura yang berlangsung di Istana, Republik Singapura hari ini.

    Dalam pada itu, Baginda Sultan turut mengalu-alukan penandatanganan empat memorandum persefahaman semasa keberangkatan Baginda dalam menyumbang kepada ketersediaan masa depan kedua-dua buah negara berkenaan.

    Baginda seterusnya menzahirkan penghargaan kepada Republik Singapura di atas peranannya sebagai rakan serantau dan sahabat, serta sokongan berterusan negara tersebut kepada Negara Brunei Darussalam.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengadakan perjumpaan dengan PYT Halimah Yacob. Turut berangkat pada majlis itu ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berkenan berangkat ke majlis santap sempena keberangkatan negara ke Republik Singapura, kelmarin. Berangkat mengiringi Baginda Sultan ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan bergambar bersama PYT Halimah Yacob.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menandatangani lembaran keberang-katan sambil disaksikan PYT Halimah Yacob.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan disembahkenalkan kepada menteri-menteri kabinet Singapura.

    Semasa mengakhiri titah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyatakan harapan untuk mengukuhkan lagi hubungan unik dan istimewa di antara kedua-dua buah negara.

    Baginda juga menzahirkan sokongan kepada presiden, rakyat dan kerajaan Singapura untuk kemajuan dan kemakmuran yang berterusan, terutamanya sempena Hari Kebangsaan ke-57 negara tersebut, yang telah disambut pada 9 Ogos 2022.

    Manakala Presiden Republik Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yacob dalam ucapannya sebelum itu mengimbas kembali keberangkatan negara Baginda Sultan buat pertama kali ke Republik Singapura pada tahun 1990 dan menyatakan bahawa ia adalah tanda tertinggi pertukaran antara kedua-dua buah negara.

    Puan Yang Terutama juga mengimbau keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri semasa Program Pemimpin Muda ke-8 lalu. Pertukaran sebegini bertujuan untuk mempererat lagi hubungan dua hala antara kedua-dua pihak, serta meneroka kerjasama baharu.

    Puan Yang Terutama menegaskan bahawa hubungan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura disokong oleh kerjasama terjalin sekian lama dalam bidang pertahanan dan ekonomi, termasuk Perjanjian Kebolehtukaran Mata Wang yang kekal sebagai simbol saling mempercayai dan saling kebergantungan.

    Puan Yang Terutama merakamkan penghargaan kepada Negara Brunei Darussalam di atas kepengerusian ASEAN pada 2021 ke arah membina rantau yang lebih berdaya tahan, mengetengahkan rakyat, inklusif, dan maju hadapan, terutamanya semasa pandemik COVID-19.

    Selain itu, Puan Yang Terutama menggariskan hubungan istimewa antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, seperti kerjasama erat dalam berbagai bidang termasuk vaksinasi, rantaian bekalan dan kesalinghubungan antara kedua-dua negara semasa pandemik.

    Keberangkatan negara Baginda Sultan didahului dengan majlis sambutan rasmi dialu-alukan oleh Puan Yang Terutama seterusnya beredar untuk menerima tabik hormat daripada anggota Angkatan Bersenjata Republik Singapura.

    Kemudian, delegasi yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet Republik Singapura disembahkenalkan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan delegasi Negara Brunei Darussalam diperkenalkan kepada Puan Yang Terutama Presiden Republik Singapura.

    Berangkat mengiringi Baginda ke majlis-majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

    Pada majlis perjumpaan, Baginda dan Puan Yang Terutama telah berbincang mengenai kerjasama yang akrab antara kedua-dua negara dalam Kebolehtukaran Mata Wang, pertahanan, pendidikan dan people-to-people exchanges.

    Kedua-dua pemimpin turut mengalu-alukan penyambungan hubungan dua hala dengan pembukaan semula sempadan, termasuk Program Pemimpin Muda ke-8 yang telah diadakan pada 3 hingga 5 Ogos 2022, serta pemeteraian empat memorandum persefahaman antara kedua-dua negara.

    Setelah itu, kedua-dua pemimpin beredar menghadiri majlis santap negara dihoskan oleh Puan Yang Terutama.

    Sebelum berangkat meninggalkan Istana, Kebawah Duli Yang Maha Mulia disembahkan dengan ucapan selamat berangkat oleh Puan Yang Terutama Presiden Republik Singapura.

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...